assalamualikum

Wednesday, September 22, 2010

1 ISU TENTANG TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Assalamualaikum warahmatu Allahhi wabarakatuh
wahai sahabat2ku...
Didiklah Anak-anak Kamu, Sewaktu Mereka Masih Kecil...


                 Pada peringkat pengenalan zaman komputer dahulu, ia hanya digunakan untuk menyimpan maklumat, namun kita melihat pada  hari ini seseorang itu,  boleh menguruskan segala urusan harian secara maya dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

       Perkembangan pantas dunia ICT membolehkan segala maklumat di Internet diakses dengan mudah tanpa mengira sempadan dan masa. Lebih-lebih lagi dengan kemunculan beberapa media baru seperti laman web, blog, Facebook, Twitter, Youtube dan sebaginya menjadikan peranannya bukan sahaja sebagai agen sosial tetapi menjana keuntungan tanpa disedari.
        
      Dalam keadaan  ini, seperti mana yang kita tahu, walaupun banyak ada kesan yang positif  dengan timbulnya kemudahan pantas seperti ini, namun jangan kita lupa kesan-kesan yang negetif juga akan merebak dan menular, terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

      persoalannya di sini, bagaimana cara yang relevan untuk meningkat kepenggunaan teknologi sebagai media dalam proses p&p kepada guru-guru pipaq dan piba supaya masalah tersebut boleh di atasi sampai ke akar umbinya?

minta cadangan daripada sahabat-sahabat...

Nama & No Matrik
sila tinggalkan...10Q..

       



3 comments:

  1. salam..
    Pada pendapat saya
    1)Guru harus mahir dalam penggunaan ICT dalam proses p&p agar guru lebih up to date dan tidak ketinggalan.
    2) Guru boleh menggunakan bantuan agen ICT yang sesuai dalam proses p%p.
    3)Guru harus peka terhadap perubahan semasa dan menpersiapkan diri dalam mengharungi arus dunia siber.
    4) Guru juga boleh menggabungkan kaedah p&p tradisional dengan ICT agar p&p lebih menarik minat pelajar.
    5) Guru perlu menggunakan agen ICT yang sesuai dan memastikan kesahihan maklumat yang diperolehi melalui agen ICT sebelum disebarkan kepada pelajar
    SITI NUURQHAIRINA BT JUSOH
    A126827

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Suhaimi..

    Cadangan saya :

    1.Pihak kementerian perlu menggalakkan guru-guru PIPAQ dalam menggunakan teknologi

    2.Membanyakkan penggunaan bahan ICT pendidikan dalam P&P seperti e-book, power point, audio visual dan sebagainya

    3.Bantuan dan kemudahan ICT perlu diberikan kepada guru dan pelajar secara percuma

    4.Pemantauan terhadap P&P guru PIPAQ

    5.Mewajibkan guru menghadiri kursus kemahiran ICT dalam pendidikan

    Sekian,
    Terima kasih

    YAB. DATO SERI MOHAMAD AKMAL AMALI B JAMALUDDIN
    A126874

    ReplyDelete