assalamualikum

Wednesday, September 22, 2010

1 ISU TENTANG TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Assalamualaikum warahmatu Allahhi wabarakatuh
wahai sahabat2ku...
Didiklah Anak-anak Kamu, Sewaktu Mereka Masih Kecil...


                 Pada peringkat pengenalan zaman komputer dahulu, ia hanya digunakan untuk menyimpan maklumat, namun kita melihat pada  hari ini seseorang itu,  boleh menguruskan segala urusan harian secara maya dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

       Perkembangan pantas dunia ICT membolehkan segala maklumat di Internet diakses dengan mudah tanpa mengira sempadan dan masa. Lebih-lebih lagi dengan kemunculan beberapa media baru seperti laman web, blog, Facebook, Twitter, Youtube dan sebaginya menjadikan peranannya bukan sahaja sebagai agen sosial tetapi menjana keuntungan tanpa disedari.
        
      Dalam keadaan  ini, seperti mana yang kita tahu, walaupun banyak ada kesan yang positif  dengan timbulnya kemudahan pantas seperti ini, namun jangan kita lupa kesan-kesan yang negetif juga akan merebak dan menular, terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

      persoalannya di sini, bagaimana cara yang relevan untuk meningkat kepenggunaan teknologi sebagai media dalam proses p&p kepada guru-guru pipaq dan piba supaya masalah tersebut boleh di atasi sampai ke akar umbinya?

minta cadangan daripada sahabat-sahabat...

Nama & No Matrik
sila tinggalkan...10Q..